Al-Faqir ilallah
profile entries tagboard affiliates music
Ahlan wa Sahlan
Assalamu'alaikum Wr.Wb.
May peace be upon you.
profile
Ameer Al-Hakim
Servant of GOD
MUJAHID
Gentle manners, modesty, Patience
Email/MSN: hakim_boy95@hotmail.com
Wednesday, March 26, 2008
3/26/2008 11:56:00 PM
RAHSIA KHUSYUKNYA SOLAT
Salamualaikum umatnya Rasulullah. Di sini ada sebuah kisah mengenai cara khusyuknya solat yg dipetik dari sebuah kitab. semoga kita mendapat manfaat dari kisah ini. insyaAllah.
~~~ Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat 2. menyesali dosa yang dilakukan 3. tidak tergila-gilakan dunia 4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya') 5. tinggalkan sifat berbangga 6. tinggalkan sifat khianat dan menipu 7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. ~~~
Begitulah seorang al-abid ataupun ahli ibadah. Adakah solat kita seperti berikut? Memang tidak boleh dinafikan untuk kite 100% khusyuk dalam solat.Bayangkan solat itu seperti baju. Kalau solat kite tidak khyusuk ianya seperti baju yg koyak-koyak. Dan bagaimana untuk tampal baju koyak-koyak itu supaya menjadi baju yg sempurna? kita harus gunakan yang lain untuk menampalnya. Sama seperti solat, kita harus melakukan lebih solat-solat sunat untuk tambahkan kesempurnaan solat kita yg wajib itu .insyaAllah. peace out ppl. salam