Monday, March 10, 2008
3/10/2008 01:00:00 AM
Anak Kecil yang Takut Api Neraka
Salam people of the earth.Not feeling that well. got the feverish feeling gitu. yea. well doakan me for my kesembuhan. semoga penyakit ini akan menjadi kafarrah bagi dosa2ku amin. today nak share with you people with satu story mengenai anak kecil yang imannya begitu teguh. ***Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum wa ahlikum naraa" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?" ***Subhanallah, anak kecil yang takot akan dimasokkan ke api neraka. Bagaimanakah kita nanti? Adakah tempat tinggal kita yang kekal di SYURGA ataupun NERAKA? sudakah kita bersiap sedia bekalan iaitu amal2 soleh tika kita berhadapan dengan Allah Ta`ala? Sedangkan kita semua sebok dengan kehidupan dunia. Hatta tidak ada masa untuk pun mengingati Allah. sebok dengan hiburan yg melampau2 seperti mendengar musik2 yang tidak ada manfaat. pergi berlepak. dan membuat perkara2 yang tidak datangkan manfaat langsung.Lagi2 di Singapura yang terlalu sibuk dengan pekerjaan.Cuba kita renungkan, adakah dunia ini kekal? ataupun hanya sementara. dalam surah Al-`ala, Allah berfirman dalam ayat yg ke 17, padahal kehidupan di akhirat lebih baik dan kekal.
Jadikan dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam seperti ladang yang bermaksod mengerjakan amal ibadah, supaya di akhirat kelak kita akan mendapat Syurga iaitu satu kejayaan.
Semoga ALLAH melindungi kita semua dari azab api neraka .amin.
Syukran to you people who read my blog =)
take care,
salam