Friday, March 14, 2008
3/14/2008 01:28:00 AM
Al- Quran Sebagai Pembela Di Akhirat
Salam to all.
Alhamdulillah. the weather for past few days been sooo cooling.hehe.smpai kena flu.hehe.
But still bersyukur to Allah =) No prob. wit dat.
It has been sometime i had touched the Quran. Sometimes i feel that i`m too busy until no time to read the quran. then I will feel guilty. padahal Al-Quran lah supposedly to be read frequently.
I wanna share with you guys about the kepentingan of Al-quran from a kitab. dimana Al-quran adalah sebagai pembela kita di akhirat kelak.
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Betapa pentingnya Al-quran yang dapat menyelamatkan kita di akhirat. tetapi Sayang seribu kali sayang. pada hari ini, masyarakat kita mengambil al-quran dengan ringan. hatta ada yang masih tidak tahu membaca al-quran.
Al- quran adalah satu2nye mukjizat kubra yg telah diberikan kepada Baginda Nabi Muhammad saw dan kepada umatnya. di dalam Quran, Allah telah menunjukkan cara-cara kehidupan sebagai a Muslim. Tetapi kita masih tidak mahu mengikutinya.
Renungilah, jangan sampai Al- Quran itu melaknat kita umat Nabi Muhammad yg telah diberikan Kitab Al quran sebagai petunjuk tetapi tidak memanfaatkannya.
thanks for reading my blog =)
salam