Al-Faqir ilallah
profile entries tagboard affiliates music
Ahlan wa Sahlan
Assalamu'alaikum Wr.Wb.
May peace be upon you.
profile
Ameer Al-Hakim
Servant of GOD
MUJAHID
Gentle manners, modesty, Patience
Email/MSN: hakim_boy95@hotmail.com
Sunday, February 24, 2008
2/24/2008 09:51:00 PM
Hakim Miss U Nenek Salam readers. So long tak update. No mood to update ar. hehe Today marks 3 years(ikot calender masehi) kepergian Allahyarhamha Hjh. Alimah Rais, nenek ku. She past away on the 24 Feb. 2005 at around 1 in the morning. I really miss her. Nenek sudah tiga tahun nenek meninggalkan akim. tetapi akim masih ingat lagi pengorbanan nenek kepada akim dan adik. Nenek sudah menjaga akim dari bayi hingga lah kepada umurku 15 tahun. Nenek seorang yang penyayang, penyabar dan selalu mengambil hati akim. Peristiwa pada pagi 24 feb. 2005 masih segar dalam ingatan akim apabila akim tidur sebelah nenek dan kejot nenek untuk solat subuh. Tetapi nenek tidak bangun lagi, nenek telah menyahut seruan Ilahi. Mengetahui nenek sudah pergi menyahut seruan Allah, Air mata berlinangan tidak terhenti- henti. akim sebagai tidak percaya yg nenek sudah tidak ada di dunia yg fana lagi. Walaupon nenek sudah tinggalkan akim selama 3 tahun, jasa nenek akan akim kenang hingga akhir hayat akim insyaAllah. Masih teringat lagi sewaktu hayatmu. Sebelum ke sekolah, akan ku salam nenek dan cium pipimu. Masih teringat lagi, gurau senda antara seorang nenek dan cucu. Masih teringat lagi, apabila akim dimarah mama dan aba, neneklah tempat akim mengadu. Masih teringat lagi, nenek yang memasakkan makanan kegemaran ku. Masih teringat lagi, nenek yang menjagaku ketika mama dan aba membuat Haji. Masih teringat lagi , nenek yang menghantarku ke doktor. Masih teringat lagi, nenek yang menghantar cermin mata ku apabila ku terlupa membawanya ke sekolah Masih teringat lagi, nenek yg mendodoiku semasa ku kecil. Sekarang semuanya hanya tinggal kenangan. Akim dan adek sangat merinduimu nenek. Kadangkala akim sebagai cucu biadap terhadap nenek. Akim tak sempat nk mintak maaf dari nenek. Nenek selalu sabar menghadapi akim. Akim belom sempat untuk membalas jasa baik nenek. Akim belom sempat memberi kasih sayang akim dengan sepenuhnya sebagai seorang cucu. Akim bersalah nek, maafkan akim. Akim menyesal nek. Akim redha atas kepergian Nenek. Hanya akim mampu sekarang mendoakan nenek supaya diampunkan dosa nenek. ditempatkan nenek antara hamba2 Allah yg beriman. Semoga Allah mencucuri roh nenek. dan terakhir, nenek akim sangat2 merindui mu.:'( Allahumaghfirlaha warhamha wa `afiha wa `fuanha. Allahuma adkhilhumul jannah ya rabbal alamin. wahai sahabatku sekalian, jika kamu semua masih ada nenek dan atok kamu. sayangilah mereka, belailah mereka. Jangan seperti aku, yg menyesal. Nenek, kau sangat teristimewa dalam hidupku :'( salam