Thursday, October 16, 2008
10/16/2008 11:08:00 PM

Menangis kerana TAKUTkan Allah
Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata,
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil mangkuk air tersebut dengan tangannya yang suci dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
" Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
Begitu cintanya Rasulullah s.a.w kepada umatnya sehingga mendoakan kami supaya kami semua terlepas dari azab api neraka.
Monday, September 29, 2008
9/29/2008 04:49:00 PM
Bagaimana Rasulullah S.A.W Menyambut Ketibaan Syawal
Alhamdulillah wa solatuwassalam`ala Rasulillah wa `ala `alihi wasohbihi ajmain.
Ramadhan datang, Ramadhan pergi.
Kini tibanya bulan Syawal dimana kita meraihkan kemenangan kita berpuasa.
Suara takbir kedengaran dimana-mana di atas bumi Sang pemiliknya.
Mengharapkan dapat menjadi hamba Allah yg lebih bertaqwa.
Semoga Allah memanjangkan usia kita semua untuk bertemu di dalam bulan Ramadhan tahun demi tahun mengikut kehendak dan keredhaanya. ameen
Di bulan yg mulia, semua umat Islam bergembira menyambut Syawal.tapi tahukah kita bagaimana hendak menyambutnya yg ditetapkan dalam syariat Islam?
Pada ketika ini kita semua sedang dalam keadaan suasana kegembiraan menyambut Aidilfitri. Berziarah dan kunjung mengunjung, membuat rumah-rumah terbuka, menjamu sanak saudara dan sahabat handai. Begitulah kebiasaan atau tradisi kita menyambut lebaran. Semoga kita menyambut Aidilfitri ini mengikut seperti mana yang telah dianjurkan oleh syara’ dengan tidak mencemari dan merosakkan keimanan yang telah kita sucikan disepanjang bulan Ramadhan.
Antara perkara yang dianjurkan oleh syara’ itu ialah :-
1)Bermaaf-maafan, perkara ini bukan hanya dilakukan pada hari raya sahaja, bahkan sewajarnya dilakukan dari masa ke semasa dengan seberapa segera, demi mengukuhkan ikatan persaudaraan agar terus menjadi erat dan mesra.
2) Kunjung-mengunjung ( berziarah ) tanda persaudaraan dan silaturrahim. Mengujudkan hubungan silaturrahim ini merupakan salah satu yang dituntut oleh Islam bahkan dengan mengujudkan silaturrahim itu adalah jalan kepada hubungan dengan Allah SWT
Ini jelas sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW riwayat Al-Imam At-Tarmizi
Maksudnya :
"Hubungan silaturrahim adalah jalinan daripada tuhan yang pengasih. Siapa yang menyambungnya, Allah juga berhubung dengannya dan siapa yang memutuskannya, Allah memutuskan hubungan dengannya."
Dalam pada itu patut kita ingat bahawa dalam kita asyik mengadakan kunjungan itu, janganlah pula sampai tertinggal sembahyang atau melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran-ajaran agama Islam seperti bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
3)Selain ziarah menziarahi di hari yang mulia ini, marilah kita sambut dengan cara yang berpatutan baik dari segi mengadakan jamuan, perhiasan, mahu pun pakaian, jangan sampai wujud pembaziran yang akan menyebabkan kita menanggung beban dikemudian hari. Hari raya ini bukan untuk kita menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga, akan tetapi hari raya adalah hari untuk kita meningkatkan hubungan kita dengan Allah SWT dan hubungan kita sesama makhluk.
Ingatlah akan Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 112 :-
Tafsirnya :-
"Mereka diliputi kehinaan dimana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali ( agama ) Allah dan tali perjanjian dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka mengingkari dengan ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar, yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui."
4) Janganlah hendaknya ibu bapa membiarkan anak-anak mereka berhari raya dengan yang bukan mahramnya, balik hingga lewat malam dan menjadikan hari raya ini sebagai hari pergaulan bebas diantara mereka dan kawan-kawan.

Hari raya adalah hari menerima ganjaran bagi mereka yang benar-benar beramal di bulan Ramadhan. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Saad bin Aus Al-Ansari daripada ayahnya Radiallahuanhu baginda bersabda maksudnya :-
“Apabila tiba Hari Raya Fitrah, berdirilah malaikat di pintu-pintu jalan lalu menyeru, pergilah wahai kaum muslimin menghadap tuhan yang pemurah yang memberikan kebajikan dan kemudian memberikan pahala yang banyak, demi sesungguhnya kamu telah diperintahkan untuk melakukan Qiamullail maka kamu membuatnya, dan kamu diperintahkan untuk berpuasa pada siangnya maka kamu berpuasa, kamu juga mentaati tuhan kamu maka kamu terimalah balasan kamu, maka apabila bersembahyang maka akan menyerulah orang yang menyeru : ketahuilah bahawasanya tuhan kamu telah mengampunkan kamu dan pulanglah menuju tunggangan kamu dan itu adalah hari menerima balasan dan dinamakan hari itu di langit sebagai hari Aljaizah ( hari mendapat ganjaran ).
Pada hari raya ini kita disunatkan sesama Islam saling mengucapkan tahniah dengan mendoakan diantara satu sama yang lain seperti mengucapkan :Taqabalallahu wa minna wa minkum , ertinya, semoga Allah menerima daripada kita dan menerima daripada awak
Maksud daripada kalimah tahniah yang berbentuk doa ini membawa makna semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang kita buat di bulan Ramadhan.
Marilah kita menyambut hari raya ini dengan cara yang sederhana tetapi yang penting, ia adalah melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT. Janganlah pula kita korbankan kesan didikan daripada puasa itu dengan kita kembali mengikut hawa nafsu kepada perbuatan maksiat. Jiwa yang sudah dibersihkan, dikotorkan semula. Fikiran yang dijernihkan dengan bacaan Al-Quran diracuni dengan kefahaman yang karut, perangai atau akhlak yang sudah pulih, kita rosakkan pula kerana dorongan syaitan. Walau pun bulan Ramadhan baru berlalu meninggalkan kita, namun perjuangan memerangi hawa nafsu tidak akan turut berlalu.
wa afwaminkum,
wassalam
Saturday, August 30, 2008
8/30/2008 12:13:00 PM
Ahlan Wa Sahlan Ya Sharur Ramadhan

Assalamualaikum wr wb.
Alhamdulillah wasolatu wassalamu `ala Rasulillah wa `ala `alihi wasohbihi wamawwala...
Kekasih kami, bulan Ramadhan, akan tiba tidak lama lagi. besok selepas mahgrib kita telah memasuki bulan Ramadhan Al-Mubarak. Subhanallah. Bulan di mana turunnya rahmat Allah, keampunan Allah dan kelepasan kita dari pada api neraka.
Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya, marilah kita mempertingkatkan iman kita, bersihkan diri kita sebelum kita memasuki bulan Ramadhan. Bersama-samalah kita bertaubat, membersih jiwa kita yg belenggu dengan DOSA, dengan MAKSIAT. Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang, maha penerima taubat. Allah sayang pada kita. Mintaklah ampun kepada Allah nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita inshaAllah .ameen.
Dalam bulan Ramadhan ini, marilah kita mempertingkatkan amal ibadah kita. KENAPA mahu mempertingkatkan? subhanallah banyak ganjaran yang berlipat ganda yang Allah berikan di dalam bulan Ramadhan ini. Di sini saya telah mengumpulkan ganjaran-ganjaran di bulan Ramadhan. semoga dengan ganjaran-ganjaran ini, agar dapat meningkat amal ibadah kita inshaAllah.
1. Ramadhan adalah bulan penuh berkah, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu nerakaditutup dan setan-setan pun dibelenggu. Pada bulan Ramadhan terdapat satu malam yangnilainya lebih baik dari seribu bulan. Rasulullah SAW bersabda:
قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌمُبَارَكٌ افْتَرَضَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فَيْهِ أبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فَيْهِ أبْوَابُالْجَحِيْمِ وَتُغَلًّ فَيْهَ الشَّيَاطَيْنُ فَيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ ألْفِ شَهْرٍ
Telah datang Bulan Ramadhan, bulan penuh berkah, maka Allah mewajibkan kalian untukberpuasa pada bulan itu, saat itu pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup,para setan diikat dan pada bulan itu pula terdapat satu malam yang nilainya lebih baikdari seribu bulan. (HR. Ahmad)
2. Allah SWT membebaskan penghuni neraka pada setiap malam bulan Ramadhan. RasulullahSAW bersabda:
إذَا كَانَ أوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِرَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِيْنُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَابَابٌ وَفُتِّحَتْ أبْوَابُ الجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِيْ مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أقْصِرْوَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ وَذَلِكَ كُلُّ لَيْلَةٍ
Jika awal Ramadhan tiba, maka setan-setan dan jin dibelenggu, pintu-pintu nerakaditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Sedangkan pintu-pintu surga dibuka, dantidak satu pintu pun yang ditutup. Lalu ada seruan (pada bulan Ramadhan); Wahai orangyang menginginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang ingin kejahatan, tahanlahdirimu. Pada setiap malam Allah SWT memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka.(HR Tirmidzi)
3. Puasa bulan Ramadhan adalah sebagai penebus dosa hingga datangnya bulan Ramadhanberikutya. Rasulullah SAW bersabda:
اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَاُن إلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاةٌ مَا بَيْنَهُنَّ إذَاجْتَنَبَ اْلكَبَائِرَ
Jarak antara shalat lima waktu, solat jum’at dengan jum’at berikutnya dan puasaRamadhan dengan Ramadhan berikutnya merupakan penebus dosa-dosa yang ada diantaranya,apabila tidak melakukan dosa besar. (HR Muslim)
4. Puasa Ramadhan bisa menebus dosa-dosa yang telah lewat, dengan syarat puasanyaikhlas. Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إيْمَا نًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barangsiapa berpuasa dibulan Ramadhan karena Iman dan mengharap pahala dari Allah makaakan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari dan Muslim)
5. Barangsiapa memberi buka orang yang puasa maka mendapat pahala sebanyak pahala orangpuasa tersebut.
مَنْ فَطَرَ صَائِمًا كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أجْرِ الصَّا ئِمِ لَا يَنْقُصَ مِنْ أجْرِ الصَّائِمِ شَيْئٌ
Barangsiapa memberi perbukaan (makanan atau minuman) kepada orang yang berpuasa, makadia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangisedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut. (HR Ahmad)
6. Sedekah yang paling baik adalah pada bulan Ramadhan.
أيُّ الصَّدَقَةِ أفْضَلُ؟ قَالَ صَدَقَةٌ فَيْ رَمَضَانَ
Rasulullah SAW pemah ditanya; Sedekah apakah yang paling mulia? Beliau menjawab: “Yaitusedekah dibulan Ramadhan.” (HR Tirmidzi)
7. Orang yang banyak beribadah (menghidupkan) bulan Ramadhan, maka dosa-dosanyadiampuni oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيْمَا نًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barangsiapa beribadah (menghidupkan) bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala,maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)
8. Doa orang yang berpuasa adalah mustajab Rasulullah SAW bersabda:ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٍ ؛دَعْوَةُ الصَّائِمِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ
Ada tiga macam doa yang mustajab, yaitu doa orang yang sedang puasa, doa musafir dan doaorang yang teraniaya. (HR Baihaqi)
9. Puasa dan ِAl-Qur’an yang dibaca pada malam Ramadhan akan memberi syafaat kepada orangyang mengerjakannya kelak dihari kiamat. Rasulullah SAW bersabda:
اَلصُّيَامُ وَاْلقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ يَقُوْلُ اَلصِّيَامُ أيْ رَبِّ مَنَعْتُهُُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتَ بِالنَّهَارِفَشَفِّعْنِى فَيْهِ وَيَقُوْلُ اْلقُرْآنُ
مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِالَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيْهِ قَالَ فَيُشَفِّعَانِ
Puasa dan Al-Qur’an akan memberikan syafaat seorang hamba pada hari kiamat. Puasaberkata: “Ya Rabbi, aku mencegahnya dari makan dan minum di siang hari”, ِAl-Qur’ an jugaberkata: “Aku mencegahnya dari tidur dimalam hari, maka kami mohon syafaat buat dia.”Beliau bersabda: “Maka keduanya dibolehkan memberi syafaat.” (HR Ahmad)
10. Orang yang melaksanakan Umrah pada bulan Ramadhan maka mendapat pahala sepertimelakukan Haji. Rasulullah SAW bersabda:
فَإِنَّ عُمْرَةَ فِيْ رَمَضَانَ حَجَّةٌ
Sesungguhnya umrah dibulan Ramadhan sama dengan pahala haji. (HR Bukhari)
Di sini adalah sedikit sebanyak yang saya dapat kumpulkan, semoga manfaat.
Alfaqir Ilallah
wa afwaminkum,
wassalam
Tuesday, August 26, 2008
8/26/2008 10:44:00 PM
How Embarrassing!
People usually feel embarrassed when they do something wrong in front of a crowd. The embarrassment increases as the size of the crowd increase. For example, a person will feel more embarrassed if his/her faults are revealed in front of a thousand people than in front of only 10 people. Imagine how you would feel if your faults were broadcasted through the media to all the people in your country.
We are very particular in protecting our honour and dignity in this world, however, while disobeying Allah, are we mindful of the Day of Judgement when we will be standing in front of Allah in the presence of the whole humanity? Besides the ordinary people, all the prophets will be present along with all the sahabah, martyrs and pious individuals. How embarrassing it will be if they see us standing in front of Allah as SINNERS! Besides the whole humanity, how bad it is if we are to stand in front of Allah alone as a DISOBEDIENT SERVANT?

Therefore, to avoid those major humiliations, we should avoid committing sins in this world.
Salam people.
Thursday, August 21, 2008
8/21/2008 08:08:00 PM
Making use of our YOUTH
Assalamualaikum,Alhamdulillah, a pleasant and cooling night. Which made me reflect about us being youth. How we spend our youth days?Dear friends,If Allah gives us 60 years to live then it comes to around 22,000 days (60x365). All these days Allah gives us to prepare for one day of interview with Allah. That is on the Day of Judgement. On that day, Allah will ask us some questions and He wants some correct answers. Allah is so merciful that He already told us what the questions will be through Al-Quran and Al-hadith. His mercy is so great that He even told us the answers to these questions. Now imagine, a student goes to write an exam. He opens his exam paper and finds the questions on one side. Then he finds that the answers to the questions are on the other side. Now after writting the exam, if this student still fails then what would we think of him? We would think that he is the dumbest person around. Well, tell you what, on the Day of Judgement, us people who knew the questions and answers will still fail! That is why, this is the time to wake up before we prove ourselves to be the dumbest of people.Youth is the prime time of our lives. This is where people make important decisions like what to become in the future. Things you do in this time will most likely affect you throughout the rest of your life. That is why, it is important to bring Islam into your life during these days. Many people have the conception that when they get old then they will start practising Islam. Probably you and me also have this feeling. But look at it this way: If you want to become a famous soccer player then you would start playing right from the youth. As you grow up, you will become better and better. But if you think that you will start playing when you are an old man then the chances of becoming famous is virtually zero. That's the reality. When we become old, we won't have enough energy to even stand up and pray.
Because youth is the prime time of your life, that is why it is very precious to Allah. Allah has prepared a shade on the Day of Judgement for those people who used to worship Allah in their youth (hadis Qudsi). On that Day, there will be no other shade except the shade from the throne of Allah. Imagine standing outside on a very hot day under the sun for hours after hours. You would definately want some shadow to rest under. But what about that Day when the sun will be much nearer to us and the heat will be much more extreme. Wouldn't you want some shade on that day? Of course you would!You and I are all weak in terms of keeping our duties to Allah and Allah is aware of that. Allah wants that we keep trying to do our best. If a baby falls down while walking he tries to get up again and walk. He doesn't keep sitting down. Then a day comes when he does start to walk. Similarly, we should keep trying our best and not give up. A day will come when, InshaAllah, we will be strong enough to obey Allah in every situation. Let us make a small promise to Allah right now that we will start doing the things for which we were sent to this life. Otherwise, we will be like that dumb guy who will fail the test on the Day of Judgement.May Allah make it easy for us. Ameen.
Wassalam
Thursday, August 14, 2008
8/14/2008 09:15:00 PM
Sebab-Sebab Hati Tidak Bahagia
Salamullahi alaikum warahmatuhu wabarakatuh
Alhamdulillahi wasolatu wassalamu `ala Rasulillah wa `ala `alihi wasohbihi ajmain.
Kenape eh hati ni macam tak tenang? Macam ade je bende yg tak kene. Nak tahu bagaimane nk tenangkan supaya hati kita berbahagia???...YOK baca post ni...
1. Pemarah
- Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer.. )
2. Pendendam
- Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad
- Dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki...)
4. Bakhil
- Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya sendiri.Bak pepatah English, Others before self. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia
5. Tamak
- Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
- Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan...,eg. kerja banyak..tetap maintain vogue walau kerja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...
8. Riak
- Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang.Tak payah nak tunjuk-tunjukkan depan orang.Walaupon dengan menunjuk-nunjuk akan menaikan derajat kita depan orang, TETAPI tidak ada apa-apa di mata Allah. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...
9. Cinta dunia
- Cinta pada dunia itu tidalk akan menghasilkan apa-apa faedah. kerana DUNIA ITU HANYA SEMENTARA WAKTU. Wa akhiratu khairu wa abqo. Akhirat jua tempat yg lebih baik dan kekal. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Jadi, marilah sama-sama ingatkan antara satu sama lain. supaya kita semua akan mendapat kebahagiaan, dan ketenangan di dalam hati kita ini.
wa afwaminkum,
wassalam
Wednesday, August 6, 2008
8/06/2008 09:34:00 PM
WANITA
Assalamualaikum wr wb.
Alhamdulillah wasolatu wassalamu `ala Rasulillah wa `ala `alihi wasohbihi wa mawwala...
InsyaAllah, blog ini akan digunakan sebagai satu sumber untuk saya menyebarkan da`wah Islam supaya dapat meraihkan manfaat darinya.
Pada post kali ini saya ingin menyentuh mengenai peri pentingnya untuk mencari calon isteri yang solehah. semoga Manfaat bagi KAUM ADAM ye...hehe
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim). Hadis ini menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.
Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.
Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan.
Ketiga, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Dalam memilih pasangan hidup, Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati.
Kriteria kesolehan isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana sifat itu, selain dituntut Islam, juga bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.
In this case, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama
“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid).
Jelas di sini, aspek keagamaan dalam diri seseorang calon isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga. Ini kerana dengan agama yang bertapak kukuh dalam jiwanya, dia pasti akan taat kepada suaminya dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.
Isteri solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Ketika ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.
Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dijelaskan oleh firman Allah yang bermaksud: “... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah...” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)
Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa. Ini kerana keredaan suami menjadi anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.
Apa yang PALING PENTING ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya, selain penyejuk hati ibu bapa, biarpun ibu bapanya sudah meninggal dunia, melalui sedekah doa dan amalan kepada kedua-dua orang tuanya. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.
Pengetahuan agama dan nilai solehah inilah menjadi ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi. Sesungguhnya, fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga, begitu besar.
Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. “Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).
So, kaum ADAM, pilihlah calon isterimu dengan sebaik-baiknya. insyaAllah akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan rumahtangga yang dibina adalah RUMAHKU, SYURGAKU.
ok, adios
salam